Tengah aku duduk-duduk selak majalah lama nie, tetiba aku terpandang satu artikel nie,,,
huhu, JANGAN ABAIKAN MANDI.... huhu, namun, ada jugak yang still ABAIKAN mandi nie..
termasuk gak aku..haha...lagi-lagi waktu-waktu cuti kan??*(based pada pengalaman^^)
wah, tetiba jew rasa nak mandi..kenapa?
1) Mandi boleh menghilangkan STRESS..!!
ok..kajian sudah dibuat..mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri daripada
kekotoran malah, ianya menjauhkan stress dan meningkatkan sistem
kekebalan tubuh
badan. Mandi air sejuk mempunyai kebaikan iaitu dapat meredakan ketegangan, dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan paras gula dalam darah(bg yg kureng gula dalam darah
ye..) so, penah tak korang rasa tenang lepas mandi????
2) Mandi boleh mengurangkan gula dalam badan........
hasil penyelidikan telah menunjukan bagi penghidap diabetes yang menghabiskan masa
selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan paras gula sekitar 13
peratus. kajian di Jepun pula menunjukan, amalan berendam di dalam air panas dapat
memperbaiki kesihatan jantung terutama sekali lelaki....
3) Mandi boleh membantu menyembuhkan jangkitan
kulit....
Mandi membantu menyembuhkan penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal yang
boleh diatasi dengan menambahkan sodium bicarbonate ke dalam air mandian... Ianya
bertindak sebagai antiseptik...digalakkan berendam di dalam air tersebut selama 10
sehingga 20 minit... tak lah lama sangat kan???
4) Mandi mampu meredakan selsema dan sakit kepala...
Masalah selsema dan sakit kepala juga boleh di ubati dengan amalan mandi.. Dengan
merendamkan kaki selama 10 sehingga 20 minit di dalam air panas
dengan menitiskan beberapa minyak aroma seperti lavender, peppermint atau lemon,
membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kaki yang lelah..
wahhh, ini sudah bagus....!!
5) Arghhhh..!! susahnya nak tido..!!
bagi sesiapa yang mempunyai masalah imsonia, mandi merupakan terapi yang dapat
mengurangkannya. rendamkan kaki di dalam air sejuk sehingga kaki merasa dingin..
Selain masalah imsonia, dengan merendam kaki berguna untuk masalah seperti kaki
lelah, pendarahan hidung. selsema dan sembelit....so how???
ok,,,,sampai sini jew yang dapat dikongsikan,,,lau ada tips yang berguna, i will share it for you all....
hopes ianya dapant menggembirakan hidup korang,,,tataaaaaaaa~~